fb fb fb fb fb

MAPIM bersama GISBH hulur bantuan ke Turkiye

TURKIYE, 14 Februari - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) bersama Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) menghulurkan bantuan kepada pasukan penyelamat Malaysia ke Turkiye.

Naib Presiden MAPIM, Zulhanis Zainol menyatakan pihaknya tiba di kem Malaysia Insarag, Nurdagi semalam, 13 Februari 2023.


(Naib Presiden MAPIM, Zulhanis Zainol)

Mereka turut menyertai taklimat penugasan pasukan SAR MAS-01 & MAS-10 pada pagi tersebut.

Selepas taklimat, 145 anggota pasukan mencari & menyelamat SAR dihidangkan dengan sarapan pagi seperti roti canai, karipap dan teh tarik yang telah disediakan oleh wakil GISBH.

Turut hadir adalah Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal.

MAPIM juga menyumbang beberapa unit alat pemanas kepada pasukan SAR Malaysia bagi memastikan keselesaan mereka berehat dalam cuaca yang amat sejuk di bawah paras -7C terutamanya pada waktu malam.

"Kita membuat sedikit serahan, keperluan yang diperlukan seperti, alat pemanas, selimut, sarung tangan dan sebagainya untuk sokongan bantuan yang mereka telah pun terima atau pun barangan yang mereka telah pun bawa, ini usaha kecil yang kita tunjukkan, tanda solidariti kita, prihatin masyarakat Malaysia bukan sahaja mereka yang terkesan tapi juga 'frontliners' kita yang telah memberi komitmen yang sangat luar biasa," katanya.

Media Baharu