fb fb fb fb fb

EU tolak keputusan Israel ubah sembilan penempatan baharu di Tebing Barat

FOTO AFP

LONDON, 14 Februari- Kesatuan Eropah (EU) menolak keputusan Israel mengubah sembilan penempatan di Tebing Barat sebagai penempatan baharu.

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell menegaskan keputusan pihak berkuasa Israel itu tidak diterima oleh EU.

Kenyataan itu memaklumkan penempatan Yahudi adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa dan ia tidak diiktiraf.

EU juga membuat gesaan kepada pihak berkuasa Israel untuk menghentikan pembinaan penempatan dan segera membatalkan keputusan itu.

Sebuah jawatankuasa dianggotai menteri-menteri Israel pada Ahad meluluskan rancangan untuk membatalkan undang-undang mengenai pemisahan dari utara Tebing Barat yang digubal pada 2005.

Kira-kira 650,000 penceroboh Yahudi tinggal di 164 penempatan dan 116 pos di Tebing Barat.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang didiami tidak sah.-REUTERS


(Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell/AFP)

Media Baharu