fb fb fb fb fb

Suspek tembak diri sendiri manakala tiga maut insiden tembak di Universiti Michigan

EAST LANSING, 14 Februari - Seorang lelaki bersenjata yang membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan lima di Universiti Michigan menembak dirinya sendiri semalam selepas diburu pihak polis.

Lelaki bersenjata berusia 43 tahun itu masih tidak diketahui motifnya.

Difahamkan suspek tidak diketahui sama ada mempunyai kaitan dengan universiti itu ataupun tidak, kata polis pada sidang media pada awal pagi selepas keganasan bermula di Universiti.

Tembakan pertama dilepaskan di dalam dewan kampus di bahagian utara pada 8:18 malam waktu tempatan, disusuli tembakan kedua di dewan berhampiran, Timbalan Ketua Polis Universiti, Chris Rozman kepada pemberita dalam sidang media.

Pihak universiti sebelum ini meminta agar pelajar untuk "menyelamatkan diri dengan segera,".

Lima mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital, beberapa daripada mereka mengalami kecederaan.

Suspek, pada mulanya digambarkan sebagai lelaki bertubuh pendek memakai topeng, kali terakhir dilihat melarikan diri dari bangunan berhampiran dengan berjalan kaki, kata Rozman.

(Pasukan penyelamat memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera dalam kejadian tembakan pada malam Isnin/FOTO Reuters)

Semua kelas dan aktiviti kampus akan dibatalkan selama 48 jam.

Hampir 30 trak bomba, ambulans dan kenderaan kecemasan lain dikerah ke lokasi kejadian.

Gabenor Gretchen Whitmer berkata menerusi Twitternya bahawa dia sedang diberi taklimat mengenai tembakan tersebut. - Reuters

Media Baharu