fb fb fb fb fb

Penstrukturan semula syarikat, Ford umum pengurangan lebih 3,000 pekerja

Foto Hiasan

PARIS, 14 Februari- Syarikat pengeluar kereta Amerika Syarikat, Ford hari ini mengumumkan pengurangan 3,800 pekerjanya di negara Eropah.

Ia meliputi kebanyakannya di Britain dan Jerman, ketika permintaan dalam sektor kereta elektrik semakin meningkat.

Menurut syarikat itu, 2,300 jawatan dalam bahagian pembangunan produk dan fungsi pentadbiran akan dikurangkan di Jerman manakala 1,300 di Britain dan 200 lagi di tempat lain di Eropah dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Ini adalah keputusan yang sukar dan ia tidak dipandang ringan.

"Kami mengiktiraf khabar yang ditimbulkan. Walau bagaimanapun, saya memberi jaminan kepada pekerja, kami akan menawarkan sokongan penuh pada bulan-bulan mendatang," kata Martin Sander, pengurus besar Ford Model e di Eropah.

Keputusan itu bertujuan untuk menstruktur semula perniagaan di Eropah dan menjana semula keuntungan dengan pengeluaran kos model kenderaan yang lebih rendah.

Syarikat itu juga mengakui wujud tindak balas dalam pasaran yang berubah dengan pantas, disusuli pesaing kenderaan elektrik yang semakin meningkat.

Pengurangan pekerjaan akan dilakukan melalui kaedah sukarela dan akan mengekalkan bidang kejuruteraan sekitar 3,400 peranan di Eropah yang memfokuskan kepada reka bentuk dan pembangunan kenderaan.


(FOTO AFP)

Tahun lalu, syarikat kereta gergasi AS mengumumkan ribuan pemberhentian pekerja di Amerika Syarikat dan India.

Ford juga jatuh ke dalam 'senarai merah' tahun lepas dengan kerugian AS$2 bilion.-AFP

Media Baharu