CEBU, 5 November- Angka kematian akibat Taufan Kalmaegi di Filipina tengah telah melonjak melebihi 100 orang pada Rabu, setelah Wilayah Cebu dilanda banjir terburuk dalam sejarah baru-baru ini.
Menurut jurucakap pegawai di Cebu mengesahkan 76 kematian di wilayah itu termasuk 35 mayat yang ditemui di Liloan, manakala 12 lagi maut dan hilang di Pulau Negros akibat aliran lumpur gunung berapi.
Banjir yang disifatkan 'luar biasa' itu menghanyutkan kenderaan dan rumah setinggan.
Kerosakan itu berlaku di tengah-tengah kemarahan awam terhadap skandal rasuah yang melibatkan projek kawalan banjir 'hantu'.
Gabenor Cebu, Pamela Baricuatro, mempersoalkan insiden banjir yang teruk itu berbanding peruntukan berbilion dolar untuk projek kawalan banjir, malah mendakwa terdapat 'projek hantu' yang tidak dibina mengikut piawaian.
Taufan Kalmaegi ialah ribut ke-20 yang melanda Filipina tahun ini dan pakar cuaca menjangkakan sekurang-kurangnya tiga hingga lima lagi ribut akan melanda menjelang akhir Disember. -AFP