fb fb fb fb fb

Video pertama rakaman kapal karam Titanic ditayang

AT SEA, 16 Februari - Video pertama rakaman kapal karam Titanic di dasar laut pada tahun 1986 telah dikeluarkan pada Rabu.

Rakaman yang dilakukan oleh pasukan dari Woods Hole Oceanographic Institution (WHOI) menunjukkan Titanic terdampar di dasar laut, selepas kapal itu karam dalam pelayaran sulungnya.

Usaha mencari kapal mewah itu bermula selepas kapal itu tenggelam pada tahun 1912 tetapi tidak berjaya sehinggalah kewujudan kemajuan teknologi laut yang membawa kepada penemuannya pada tahun 1985.

(FOTO REUTERS)

Selepas kapal itu ditemui, pasukan penyelam kembali pada Julai 1986 dengan menggunakan kapal selam.

Kebanyakan video yang dikeluarkan tidak pernah dikeluarkan kepada tontonan umum sebelum ini.

Bahan rakaman itu ditayangkan sempena sambutan ulang tahun ke-25 filem pemenang Oscar James Cameron, Titanic. - REUTERS

Media Baharu