KATHMANDU, 8 Julai - Sekurang-kurangnya 28 individu dilaporkan hilang awal pagi Selasa dalam kejadian banjir akibat hujan lebat berterusan di kawasan utara Nepal, menurut laporan Xinhua.
Jurucakap polis daerah Rasuwa Inspektor Krishna Dhital berkata pihaknya menerima laporan bahawa 28 orang hilang dalam kejadian banjir yang berlaku di kawasan sempadan Rasuwagadhi.
“Kebanyakan mereka sedang bekerja di pelabuhan darat berhampiran sempadan,” katanya.
Sebuah jambatan di kawasan sempadan itu telah hanyut dibawa arus manakala beberapa kenderaan yang diletakkan di pelabuhan darat turut dihanyutkan air banjir. - BERNAMA