NEW YORK, 8 Julai -Ribuan bayi di Gaza kekurangan pemakanan seimbang dan berisiko maut, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Catherine Russell, menyatakan bahawa ribuan bayi di Gaza berisiko maut atau mengalami "masalah kesihatan kekal" akibat kekurangan pemakanan seimbang.
"Setiap minit amat penting untuk menyelamatkan nyawa mereka," katanya menerusi hantaran X.- BERNAMA