fb fb fb fb fb

3 kanak-kanak maut selepas van sekolah dilanggar kereta api

Van sekolah remuk teruk dalam nahas kereta api penumpang. - FOTO IndianExpress

NEW DELHI, 8 Julai - Sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak maut dan enam lagi cedera apabila sebuah kereta api penumpang melanggar sebuah van sekolah yang cuba melintasi palang berkawal di negeri Tamil Nadu, selatan India, lapor Xinhua.

Kemalangan berlaku di Semmankuppam, Daerah Cuddalore, kira-kira 204 kilometer selatan Chennai, ibu negeri Tamil Nadu.

Menurut pihak berkuasa, van sekolah itu remuk teruk dalam nahas tersebut.

Seorang lelaki berusia 55 tahun, turut cedera di tempat kejadian selepas terkena kabel elektrik yang putus semasa perlanggaran.

Siasatan awal polis mendapati pemandu van itu berkeras mahu melintasi palang kereta api walaupun telah diberi amaran. - BERNAMA

HASRON BIN HASSAN