fb fb fb fb fb

22 cedera dalam kebakaran pusat data di Kaherah

Pasukan bomba berjaya kawal kebakaran di bangunan “Ramses Central Exchange”. FOTO - X Zeinobia

KAHERAH, 8 Julai - Seramai 22 orang cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah bangunan telekomunikasi di ibu negara Mesir, Kaherah pada Isnin.

Insiden itu menyebabkan gangguan perkhidmatan telekomunikasi dan internet di kawasan metropolitan “Greater Cairo”, lapor Xinhua.

Kementerian Kesihatan Mesir memaklumkan bahawa mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Agensi berita rasmi MENA melaporkan bahawa pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran di bangunan “Ramses Central Exchange” dan mengambil tindakan lanjut bagi memastikan kebakaran tidak berulang.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Telekomunikasi Kebangsaan Mesir memaklumkan kerja-kerja sedang dijalankan untuk menilai tahap kerosakan dan memulihkan perkhidmatan secara berperingkat. - BERNAMA

HASRON BIN HASSAN