fb fb fb fb fb

Gempa magnitud 6.1 gegar pantai New Zealand

WELLINGTON, 15 Februari- Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda New Zealand berhampiran Wellington pada hari Rabu pada kedalaman 48 km (30 batu).

Menurut Geonet, pusat gempa bumi berada 50 km dari bandar Paraparaumu.

Seorang saksi memberitahu merasai gegaran kuat yang berlarutan beberapa saat di ibu kota Wellington.

New Zealand terletak di 'lingkaran api' yang aktif secara seismik, lingkaran gunung berapi sepanjang 40,000 km dan parit lautan yang melingkari sebahagian besar Lautan Pasifik.

Gempa ini berlaku selepas Taufan Gabrielle yang menyebabkan banyak kerosakan di seluruh Pulau Utara minggu ini dan turut meragut empat nyawa serta lebih 10,000 orang kehilangan tempat tinggal dan kerosakan yang meluas.-REUTERS


(Foto fail)

Media Baharu