fb fb fb fb fb

5 tentera Israel terbunuh di utara Gaza

Foto fail/REUTERS

BAITULMAQDIS, 8 Julai -Lima anggota tentera Israel maut dalam pertempuran di utara Gaza, menurut kenyataan tentera Israel pada Selasa.

Kejadian tersebut berlaku ketika rundingan tidak langsung antara Hamas dan Israel yang sedang berlangsung di Qatar, dalam usaha berterusan untuk mencapai perjanjian gencatan senjata yang masih belum dicapai.

"Dua anggota tentera terbunuh dalam pertempuran di Gaza Utara," menurut kenyataan tentera.

Tiga lagi anggota turut maut dan dua lagi cedera parah dalam insiden yang sama.

Ketegangan terus memuncak dengan pertempuran sengit berlanjutan, meskipun usaha diplomatik diteruskan bagi menamatkan konflik yang telah berlarutan selama beberapa bulan. - AFP

TETITIA YUSOFF