fb fb fb fb fb

Victoria tuan rumah Sukan Komenwel 2026 Australia

SYDNEY, 12 April- Victoria akan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 Australia dengan semua acara sukan berlangsung di luar ibu kota, Melbourne.

Perdana Menteri Victoria, Daniel Andrews memuji Sukan Komanwel kerana menerima Victoria untuk acara berkenaan.

"Sukan Komanwel 2026 dijangka membawa rangsangan $3 bilion kepada ekonomi Victoria selepas berhadapan sekatan berpanjangan akibat pandemik COVID-19," katanya.

(Bandar Melbourne / Foto REUTERS)

Acara sukan tersebut akan diadakan di empat hab serantau merentasi bandar Geelong, Ballarat, Bendigo dan Gippsland, masing-masing dengan perkampungan atlet berasingan.

Ia merupakan kali keenam Australia menjadi tuan rumah Sukan Komenwel dan kali kedua diadakan di Victoria selepas edisi 2006 yang berlangsung di Melbourne.

Sukan Komanwel 2022 dijadualkan berlangsung di Birmingham, England, dari 28 Julai sehingga 8 Ogos. -AFP

Media Baharu