fb fb fb fb fb

Penyelidik Colombia mati dipijak gajah

UGANDA, 12 April- Seorang penyelidik Colombia mati dipijak seekor gajah di Taman Negara Kibale barat Uganda, kata pihak berkuasa taman negara itu.

Sebastian Ramirez Amaya, yang berpangkalan di Arizona State University di Amerika Syarikat, bersama seorang lagi penyelidik dan pemandu di taman negara itu, yang terkenal dengan hidupan liar dan pusat penyelidikan, ketika dia meninggal dunia pada Ahad.

"Mereka terserempak dengan seekor gajah yang menyerbu mereka, memaksa mereka berlari ke arah yang berbeza," kata pihak berkuasa taman negara Uganda dalam satu kenyataan pada hari Isnin.

"Gajah itu mengejar Sebastian dan memijaknya, mengakibatkan kematiannya," tambah kenyataan itu. Ia adalah kejadian maut pertama di taman negara itu sejak 50 tahun.

Terdahulu, pada Januari, seorang pelancong Arab Saudi mati dipijak oleh seekor gajah semasa aktitivi pemanduan santai di taman popular lain di Uganda, Murchison Falls, selepas meninggalkan kereta yang dinaikinya.


(Sebastian Ramirez Amaya, penyelidik Colombia yang mati dipijak gajah pada Ahad)

Media Baharu