NEW YORK, 12 April - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa siasatan dilakukan berhubung dakwaan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak oleh tentera Rusia di Ukraine.
Pengarah Agensi Wanita PBB, Sima Bahous menegaskan, dakwaan berlakunya rogol dan gangguan seksual oleh tentera mesti disiasat secara bebas untuk memastikan keadilan dan akauntabiliti.
"Peperangan Rusia-Ukraine mesti dihentikan segera", katanya Semasa bercakap pada mesyuarat Majlis Keselamatan badan dunia.
"Perpindahan besar-besaran serta kehadiran tentera dan askar upahan ke Ukraine, akan meningkatkan semula ketegangan, katanya.
(Anggota Majlis Keselamatan PBB mengadakan perbincangan berkenaan situasi
yang sedang berlaku di Ukraine, di New York / FOTO AFP)
Tidak jelas sama ada Majlis Keselamatan; Rusia sebagai anggota tetap dan mempunyai kuasa veto, akan bersetuju dengan sebarang siasatan.
Rusia pada Isnin, sekali lagi menolak tuduhan yang dibuat oleh anggota Majlis Keselamatan yang lain.
Timbalan Duta Besar Rusia ke PBB, Dmitry Polyansky meminta kumpulan itu menghormati "anggapan tidak bersalah" dan menegaskan "operasi ketenteraan khas" negaranya bertujuan "menyelamatkan masa depan Ukraine.
Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan satu lagi mesyuarat minggu depan.
Menurut seorang diplomat, mesyuarat yang dicadangkan oleh Perancis dan Mexico dijangka memberi tumpuan kepada isu pelarian, warganegara ketiga dan pemerdagangan manusia.
Sejak perang Rusia-Ukraine tercetus pada 24 Februari lalu, Majlis Keselamatan PBB telah mengadakan 15 mesyuarat dan 3 kata sepakat dicapai pada Perhimpunan Agung.
Pertubuhan itu sepakat mengutuk pencerobohan ke atas Ukraine pada 2 Mac.
Ia turut menyeru perlindungan orang awam pada 24 Mac lepas, sebelum akhirnya menggantung penyertaan Rusia daripada Majlis Hak Asasi Manusia 7 April lepas.-AFP