fb fb fb fb fb

Pengerusi Pergerakan Progresif Thailand, hina raja berdepan hukuman penjara 20 tahun

BANGKOK, 12 April- Seorang ahli politik terkenal Thailand berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana menghina raja dan melanggar Akta Jenayah Komputer ketika siaran langsung menerusi Facebook pada Januari, 2021.

Thanathorn Juangroongruangkit, 43 tahun, ketua parti politik yang telah dibubarkan iaitu Parti Future Forward (FFW) mengkritik rancangan perolehan vaksin COVID-19 kerajaan.

Dia dituduh atas kesalahan lese-majeste (derhaka) yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, serta melanggar Akta Jenayah Komputer dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Thanathorn, kini pengerusi Pergerakan Progresif, dibenarkan ikat jamin 90,000 baht dengan seorang penjamin pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, Thanathorn berkata kritikannya ditujukan kepada kerajaan dan bukannya institusi diraja.

"Kritikan saya adalah untuk kepentingan rakyat," katanya.

Semasa siaran langsung di Facebook, Thanathorn menuduh kerajaan melakukan kesalahan dalam mengendalikan perolehan vaksin dan memihak kepada syarikat biofarmaseutikal dimiliki Raja Maha Vajiralongkorn.

Thanathorn telah diharamkan terlibat dalam politik selama 10 tahun pada 2020 susulan tindakannya memberi pinjaman kepada bekas parti pembangkangnya.-AFP


(Thanathorn Juangroongruangkit berkata kritikannya ditujukan kepada kerajaan dan bukannya institusi diraja./AFP)

Media Baharu