fb fb fb fb fb

Varian patogenik selsema burung dikesan Perancis

(FOTO AFP)

AIN, 29 Ogos- Varian patogenik selesema burung dikesan di sebuah ladang ternakan di Ain, Perancis.

Penyebaran menyebabkan 10,600 ekor itik terpaksa dimusnahkan.

Penyebaran virus H5N1 itu dikesan di Saint-Nizier-le-Desert, Le Figaro.

Kluster pertama jagkitan dengan patogenik terbabit dikesan pada Sabtu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kerja pembersihan dan sanitasi telah dilaksanakan dalam jarak tiga kilometer dari pusat penyakit.

Kawasan pemantauan pula ditetapkan bagi jarak 10 kilometer dari lokasi sama.

Sejak November tahun lalu, sebanyak 1,300 kluster virus dengan patogenik tinggi direkodkan di Perancis.

Sebanyak 20 juta unggas turut dimusnahkan sepanjang tempoh berkenaan.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu