MUMBAI, 29 Ogos - India berhasrat menjadikan negara itu sebagai hub pengeluaran kenderaan elektrik dua dan empat roda.
Berdasarkan perancangan, pusat automotif global Gujarat akan menjadi tempat pegeluaran terbesar.
Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata sektor kenderaan elektrik sedang berkembang pesat. Selain kereta permintaan terhadap motosikal elektrik turut meningkat.
Modi menyifatkan peralihan pengguna global kepada kenderaan elektrik sebagai revolusi senyap. Justeru, prospek besar itu perlu diambil peluang oleh negara itu.
Beberapa insentif diperkenal New Delhi untuk pemilikan kenderaan elektrik. Antaranya rebat cukai pendapatan dan kelonggaran syarat pinjaman.-AFP