DHAKA, 29 Ogos - Sebanyak 500,000 tan gandum Rusia bakal diimport Bangladesh.
Perjanjian mendapatkan bekalan pada harga AS$430 bagi setiap tan berdasarkan perjanjian antara pemerintah kedua-dua negara itu.
Tindakan import dari Rusia terpaksa diambil Bangladesh selepas berdepan kesukaran mendapatkan bekalan akibat gangguan eksport bijirin Ukraine dan Russia.
Keadaan diburukkan lagi dengan peraturan baharu pembekal terbesarnya India yang mengharamkan eksport tanaman itu mulai Mei lalu.
Menerusi perjanjian dengan Rusia bekalan dijangka dapat dihantar secara berperingkat menjelang Januari.
Bangladesh adalah pengimport utama gandum dari Laut Hitam namun berdepan masalah bekalan sejak perang Russia-Ukraine bermula Februari lalu.
5.4 juta tan gandum diimport Bangladesh sehingga Jun 2021, dengan 24 peratus bekalannya datang dari India, 21 peratus dari Russia dan 17 peratus dari Ukraine.-AFP