NOIDA, 29 Ogos- Dua buah bangunan kediaman bertingkat di New Delhi diruntuhkan.
'Menara berkembar' setinggi 100 meter itu dimusnahkan kerana dibina secara haram.
Bangunan setinggi 32 dan 29 tingkat berkenaan mempunyai hampir 1,000 unit kediaman.
Ia tidak pernah didiami dalam tempoh sembilan tahun akibat pertikaian undang-undang.
Lebih 3,700 kilogram bahan letupan digunakan, menjadikannya proses pemusnahan terbesar pernah dilakukan di India.
(Keadaan di lokasi runtuhan setelah dua buah bangunan haram berkenaan diletupkan / Foto AFP)
Ribuan penduduk termasuk anjing liar dipindahkan sebelum letupan dibuat.
Tiada laporan kecederaan atau kerosakan di bangunan bersebelahan dilaporkan.
Mengikut laporan, sejumlah 9,642 lubang dibuat pada bangunan dan 80,000 tan runtuhan terhasil.
Stesen televisyen membuat kiraan detik pada pagi Ahad dan menggelarkannya sebagai ibu kepada segala pemusnahan menara yang memalukan.
Polis menutup lebuh raya bersebelahan dengan pemandu berhenti pada Sabtu untuk mengambil swafoto terakhir dengan menara sebagai latar belakang.