BUENOS AIRES, 29 Ogos- Ribuan penunjuk perasaan bertempur dengan polis di kawasan luar rumah Naib Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner.
Penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan di seluruh negara untuk mempertahankan pemimpin itu yang dibicarakan atas dakwaan rasuah dan berdepan hukuman penjara 12 tahun.
Pendakwa raya menuduh Fernandez de Kirchner menipu negara dan terbabit dalam skim mengalihkan dana awam semasa menjadi presiden antara tahun 2007 dan 2015.
(Salah seorang penunjuk perasaan mengangkat poster menyatakan sokongan terhadapĀ Fernandez de Kirchner / Foto AFP)
Pertempuran berlaku di kawasan rumah naib presiden itu di kejiranan elit di Recoleta.
Polis sebelum itu memasang pagar bagi menghalang perhimpunan besar.
Penyokong naib presiden berkenaan mendakwa Kirchner menjadi mangsa penganiayaan.
Pancuran air juga digunakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Lima pegawai polis cedera dan empat penunjuk perasaan ditahan.