fb fb fb fb fb

Korban banjir di Pakistan cecah lebih 1,000

SUKKUR, 29 Ogos- Angka korban akibat banjir di seluruh Pakistan mencecah lebih 1,000 orang sejak bermulanya musim monsun.

Kerajaan telah mengisytiharkan darurat untuk menangani banjir yang telah menjejaskan hampir 33 juta rakyatnya.

Jalan raya dan jambatan turut dihanyutkan oleh banjir di daerah Swat, wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Hotel, rumah, masjid dan tanaman juga musnah oleh banjir luar jangka itu.

Trafik di seluruh negara juga terhalang akibat kerosakan jalan raya.

Pihak berkuasa terpaksa membina laluan alternatif di kawasan terjejas banjir.

(Imej satelit menunjukkan keadaan Sungai Indus di Rajanpur pada 24 Mac 2022 (kiri) dan 28 Ogos 2022, selepas
banjir besar berlaku / Foto HANDOUT, Maxar Technologies, AFP)

Operasi menyelamat dan bantuan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional (NDMA), organisasi kerajaan, sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan dan tentera Pakistan sedang dilakukan di kawasan yang dilanda banjir.

NDMA berkata lebih 0.8 juta hektar tanaman musnah, 3,451 kilometer jalan raya terjejas dan 149 jambatan dihanyutkan.

Menurut Jabatan Meteorologi Pakistan, hujan lebat akan berlarutan sehingga beberapa hari lagi.

Nasib ratusan ribu penduduk di wilayah Sindh selatan Pakistan pula bergantung kepada benteng berusia 90 tahun yang mengalirkan air dari Sungai Indus ke salah satu sistem pengairan terbesar di dunia. -REUTERS

Media Baharu