fb fb fb fb fb

'Menangis sepanjang masa': Pesakit cacar monyet dedah parut psikologi

(Maklumat umum tentang cacar monyet di pintu masuk Centre
CeGIDD di Montpellier, selatan Perancis pada 23 Ogos 2022/AFP)

PARIS, 30 Ogos- Virus cacar monyet mungkin menyebabkan kesakitan yang teruk tetapi parut psikologi penyakit itu boleh jadi sama dahsyat, kata penghidap dan mereka yang merawatnya.

"Anda tidak akan sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang telah menyakiti anda begitu teruk dan ditambah lagi dengan beban diskriminasi," kata Corentin Hennebert, salah seorang kes pertama di Perancis.

Sejak Mei lepas, virus itu telah merebak dengan pantas ke seluruh dunia, secara meluas dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis, menimbulkan kebimbangan akan berulangnya stigma yang dihadapi lelaki gay semasa wabak AIDS.

Nathan Peiffer-Smadja, pakar penyakit berjangkit di Hospital Bichat–Claude Bernard di Paris, yang telah menyelaraskan penyelidikan terhadap pesakit cacar monyet berkata "distres psikologi mempunyai kaitan dengan beberapa aspek" penyakit itu.

Cacar monyet boleh menjadi sangat menyakitkan, terutamanya disebabkan oleh lepuh kulit yang biasanya muncul pada alat kelamin, dubur atau muka.

Kesan selepas itu terutamanya kesan estetik, menyebabkan ramai pesakit takut parut mereka akan kekal untuk tempoh yang lama, kata Peiffer-Smadja.

"Sebilangan kecil pesakit boleh mengalami luka dalaman terutamanya di dalam dubur, yang sangat menyakitkan," kata Peiffer-Smadja. -AFP

(Seorang doktor memeriksa pesakit cacar monyet di Hospital Arzobispo Loayza di Lima
pada 16
Ogos 2022/AFP)

Media Baharu