fb fb fb fb fb

PM Perancis beri amaran tentang risiko catuan musim sejuk

(Elisabeth Borne/AFP)

PARIS, 30 Ogos- Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne memberi amaran kepada sektor perniagaan tentang risiko catuan tenaga musim sejuk ini dan menggesa mereka mengambil langkah untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

"Jika kita bertindak secara kolektif maka kita boleh mengatasi risiko kekurangan, tetapi melainkan semua orang mengambil bahagian dan jika semua senario buruk itu bersatu maka kita boleh dipaksa untuk mengenakan pengurangan ke atas pengguna," katanya kepada kumpulan perniagaan Medef.

"Jika kita berakhir dengan catuan, syarikat akan paling terjejas dan malangnya kita perlu bersedia untuknya," sambungnya.

(Borne beri amaran tentang risiko catuan musim sejuk/AFP)

Borne berkata kerajaan sudah pun merangka pelan kontingensi, termasuk sistem perdagangan kuota yang membolehkan syarikat membeli dan menjual kuota kuasa.

"Kerajaan juga sedang menyediakan langkah untuk menyokong syarikat yang akan terlalu teruk terjejas oleh catuan," tambah beliau.

Amaran jelas tentang risiko kekurangan itu menggariskan lagi usaha kerajaan untuk mempersiapkan maysarakat dan perniagaan untuk menghadapi kesukaran yang timbul akibat perang yang berterusan di Ukraine. -AFP

 (Borne berkata kerajaan sudah merangka pelan kontingensi/AFP)

Media Baharu