fb fb fb fb fb

Varian Omicron tidak wajar dikategorikan sebagai jangkitan ringan - WHO

FOTO AFP


GENEVA, 7 Januari - Varian Omicron yang kini merekodkan kematian di beberapa negara, tidak wajar dikategorikan sebagai jangkitan ringan.

Meskipun beberapa indikator awal menunjukkan varian Omicron yang dikesan di sekurang-kurangnya 38 negara, tidak seteruk varian sebelumnya.

Kenyataan tegas itu disuarakan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Dalam ucapan pertamanya tahun ini, beliau turut memberi amaran, jumlah kes yang dijangkiti varian tersebut kini meningkat.

Malah lebih pantas menular berbanding varian Delta.

Dalam pada itu, Tedros menyelar tindakan negara kaya yang memonopoli bekalan vaksin COVID-19 pada tahun lalu.

Sehingga berpotensi menyebabkan harganya melonjak bagi negara lain yang juga sedang bergelut dengan pandemik tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa dunia untuk berkongsi dos vaksin secara lebih adil pada tahun ini.

Tedros antara lain mahu setiap negara mempunyai 70% penduduk yang divaksin menjelang pertengahan tahun 2022. - AFP

Media Baharu