fb fb fb fb fb

Tunjuk perasaan di Kazakhstan, tragedi terburuk

FOTO : AFP


ALMATY, 7 Januari - Tunjuk perasaan yang berlaku di Kazakhstan ketika ini merupakan tragedi terburuk sepanjang 30 tahun negara itu merdeka.

Kira-kira 18 anggota penguatkuasa dan puluhan orang awam terbunuh, sementara ribuan lagi telah ditahan.

Selain, bangunan dan kenderaan turut terbakar selepas orang awam bertempur dengan pihak berkuasa dalam kejadian yang meletus di bandar Almaty.

Menurut jurucakap Pertubuhan Bangsa Bersatu, Stephane Dujarric, ketika ini kedua-dua belah pihak perlu bertenang.

Jelas Dujarric, rakyat Kazakhstan boleh menyatakan rasa tidak puas hati, namun perlu berlangsung dalam suasana yang aman.

Ketika ini, pihak tentera telah berjaya mengambil alih lapangan terbang utama yang ditawan penunjuk perasaan sebelum ini.

Dalam pada itu, Rusia telah mengatur gerak pasukan tentera khusus ke Kazakhstan bagi membantu mengawal keamanan.

Ini termasuk pasukan khas dari empat republik yang pernah dikuasai Soviet.

Jawatankuasa Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) memaklumkan, pasukan tersebut dihantar selepas Presiden Kazakhstan memohon bantuan bagi mengawal keadaan.

Selain, memastikan keselamatan aset penting negara, fasiliti ketenteraan dan menguatkuasa undang-undang serta arahan kerajaan.

Pasukan berkenaan dilihat berlepas dengan kapal terbang kargo dari pangkalan tentera di Moscow. - REUTERS

Media Baharu