fb fb fb fb fb

UNSC adakan mesyuarat tertutup Isnin ini bincang ujian peluru berpandu Korea Utara

FOTO AFP

AMERIKA SYARIKAT, 7 Januari- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan perbincangan berhubung ujian peluru berpandu hipersonik terbaru oleh Korea Utara, Isnin ini.

Sumber diplomatik memaklumkan mesyuarat itu akan diadakan secara tertutup atas permintaan Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom, tiga daripada lima anggota tetap badan dunia itu.

Ireland dan Albania juga akan turut serta menurut sumber tersebut.

Pada 2017, Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan beberapa sekatan ekonomi selepas Korea Utara menjalankan ujian nuklear dan peluru berpandu.

Seorang diplomat memberitahu, tiada deklarasi bersama dijangka akan dikeluarkan selepas mesyuarat berkenaan meskipun sumber lain memaklumkan berkemungkinan satu kenyataan akan dikeluarkan sama ada sebelum atau selepas mesyuarat.

Semalam Agensi Berita Pusat Korea melaporkan Pyongyang berjaya melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik sehingga mengenai sasaran tepat, 700 kilometer dari tempat pelancaran tanpa mendedahkan lokasi pelancar.

Peladak membawa peluru berpandu itu juga dilaporkan bergerak 120 kilometer sebaik dilepaskan dari pelancar. -AFP

Media Baharu