fb fb fb fb fb

Vaksin Omicron Sinopharm lulus jalani ujian klinikal

BEIJING, 29 April- Syarikat farmaseutikal China, Sinopharm memaklumkan vaksin tidak aktif varian Omicron telah mendapat kelulusan bagi menjalani ujian klinikal oleh Pentadbiran Produk Perubatan China.

Menurut anak syarikatnya, China National Biotec Group, ujian tersebut akan mengambil masa tiga hingga empat bulan selepas proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin itu dimulakan sejak 9 Disember 2021.

Ketua Jurutera Sinopharm, Yang Xiaoming menjelaskan bahawa pihaknya berjaya menyelesaikan mutasi Omicron dengan menggunakan makmal biokeselamatan tahap tinggi P3 baharu.

Beliau berkata, proses itu dijalankan mengikut garis panduan serta strategi penyelidikan dan pembangunan vaksin COVID-19 Pentadbiran Produk Perubatan China.

(Foto fail)

Kapasiti pengeluaran vaksin telah melebihi tujuh bilion dos setahun dan kemudahan pengeluaran utama akan digunakan untuk menghasilkan vaksin varian Omicron untuk fasa seterusnya.

Untuk rekod, varian Omicron antara varian utama yang menular di seluruh dunia pada masa ini dengan mempunyai ciri jangkitan yang kuat, pantas merebak dan proses penyebaran tersembunyi.

Media Baharu