fb fb fb fb fb

Jangan ganggu Rusia atau berdepan tindak balas sepantas kilat daripada kami! - Putin

ST. PETERSBURG, 29 April- Jangan ganggu Rusia atau berdepan tindakan balas sepantas kilat daripada kami!

Demikian amaran Presiden Vladimir Putin terhadap negara-negara yang mengganggu tindakan ketenteraan Moscow ke atas Ukraine.

Ketegasan Putin itu diluahkan ketika berucap pada penggubal undang-undang Rusia di St. Petersburg, semalam.

Dalam ucapannya, Putin memaklumkan mata wang Rusia, sistem perbankan, sektor pengangkutan dan ekonomi negara itu masih mampu bertahan biarpun dibelenggu sekatan oleh Barat.

(Vladimir Putin, Presiden Rusia / Foto AFP)

Malah, beliau berikrar akan bertindak balas terhadap segala usaha dan percubaan mengasing dan melumpuhkan Rusia.

Katanya, Moscow mempunyai semua peralatan untuk bertindak balas dan sedia menggunakannya jika perlu.

Pemimpin Rusia itu menambah bahawa semua keputusan mengenai apa yang akan dimasukkan dalam tindak balas telah dibuat.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Kementerian Ekonomi Rusia menjangkakan keluaran dalam negara kasar negara akan menyusut sebanyak 8.8 peratus tahun ini.

Media Baharu