fb fb fb fb fb

Lapan terbunuh dalam rusuhan kumpulan pekerja di Mexico Tengah

HIDALGO, 29 April- Sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam rusuhan kumpulan pekerja yang bertempur di kilang simen di Hidalgo, Mexico Tengah.

Rusuhan melibatkan kumpulan koperasi pekerja dari dua kilang simen dipercayai berpunca daripada pertikaian yang telah tercetus hampir sedekad lalu.

Gabenor Hidalgo, Omar Fayad dalam catatan di akaun Twitter miliknua mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang berlaku di kilang simen Cruz Azul.

"Sembilan suspek telah ditahan dalam pertempuran itu," katanya.

(Lokasi rusuhan / Foto REUTERS)

Sementara itu, Agensi Keselamatan Awam Negeri Hidalgo menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 95 kilometer di utara Mexico City selepas menerima banyak panggilan kecemasan.

Banyak kemudahan kilang dan kenderaan musnah serta pihak berkuasa telah mengenal pasti individu terlibat dalam kedua-dua kumpulan berkenaan.

Insiden juga mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk mengaitkannya dengan pertikaian kepimpinan dalam koperasi pekerja itu. -REUTERS

Media Baharu