fb fb fb fb fb

Super Taufan Ragasa: Dua maut, 28 cedera di Taiwan

Foto VIORY

TAIWAN, 24 September - Sekurang-kurangnya dua maut, 28 cedera manakala 30 lagi dilaporkan hilang selepas hujan lebat melanda Taiwan akibat Super Taufan Ragasa.

Kejadian tersebut menyebabkan Sungai Mataian melimpah sehingga memecahkan benteng.

Rakaman pada Selasa menunjukkan kawasan kejiranan ditenggelami air dengan penduduk meredah banjir.

Pihak berkuasa menggerakkan operasi mencari dan menyelamat serta membuka pusat pemindahan untuk penduduk yang terjejas.

Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai mengenai kemungkinan limpahan lebih besar dan menasihatkan agar arahan pemindahan dipatuhi.  -VIORY

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM