fb fb fb fb fb

Vaksin COVID-19 Nasal berupaya kawal pandemik COVID-19 - WHO

(Pengarah Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Mike Ryan/AFP)

GENEVA, 8 September - Vaksin COVID-19 Nasal berupaya membantu mengawal pandemik COVID-19.

Pengarah Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Mike Ryan berpendapat vaksin sedemikian menjana tindak balas imun dalam mukosa pernafasan dalam paru-paru, ia seperti membentuk sistem pertahanan pertama kepada laluan masuk virus yang menyebabkan banyak kerosakan.

WHO mengalu-alukan langkah terbaharu itu dalam memerangi virus COVID-19, namun ia mahu melihat data di sebalik vaksin berkenaan, bagi menilai sama ada boleh meluluskannya.

Ahad lepas, China melancarkan vaksin jenis sedut pertama di dunia, Convidecia Air keluaran CanSino Biologics.

India juga telah meluluskan vaksin serupa yang dibangunkan Bharat Biotech bagi kegunaan kecemasan.


(Foto fail/ Reuters)

Dalam perkembangan lain, WHO menyatakan kebimbangan kemungkinan ramai penduduk Somalia meninggal dunia akibat kebuluran.

Pertubuhan itu percaya, pekerja bantuan tidak lagi dapat memenuhi keperluan yang semakin meningkat.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, banyak bahagian di Somalia berisiko berdepan ancaman kebuluran dalam masa terdekat.

Keadaan seperti itu tidak mustahil, melainkan terdapat peningkatan segera dalam bantuan kemanusiaan.

Somalia berada di ambang kebuluran buat kali kedua dalam tempoh sedekad, dengan 200,000 orang diancam kelaparan. -AFP

Media Baharu