fb fb fb fb fb

Britain pertimbang laksana cukai baharu EV

Foto AFP

LONDON, 7 November - Kerajaan Britain sedang mempertimbang untuk perkenalkan cukai baharu ke atas kenderaan elektrik (EV) pada pembentangan bajet negara itu yang dijadualkan pada 26 November ini.

Menurut jurucakap kerajaan pada khamis, rancangan tersebut bagi mewujudkan sistem yang lebih adil.

"Duti bahan api merangkumi petrol, dan diesel, namun tiada cukai setara untuk kenderaan elektrik. Kami mahu mahu sistem yang lebih adil untuk semua pemandu," jelasnya.

Menteri Kewangan Britain, Rachel Reeves pada pembentangan bajet itu dijangka mengumumkan dasar bagi memperkenalkan cukai tiga pence (£0.04) bagi setiap 1.6 kilometer EV, lapor akhbar Daily Telegraph.

Skim itu akan dilaksanakan pada 2028 selepas rundingan dan akan menelan kos purata £250 setahun bagi pemandu EV.

Menurut Telegraph, cukai tersebut dijangka menjana £1.8 bilion setahun menjelang awal 2030-an.

Pengkritik berpandangan langkah pengenalan cukai itu akan merencatkan perancangan beralih ke EV.

Pada masa ini, hasil daripada duti bahan api dijangka berkurangan dari semasa ke semasa apabila lebih ramai pemandu beralih kepada EV. - AFP

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN