fb fb fb fb fb

Majlis Keselamatan PBB lulus resolusi tarik balik sekatan terhadap Presiden Syria

Foto AFP

AMERIKA SYARIKAT, 7 November - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis meluluskan resolusi dikemukakan Amerika Syarikat bagi menarik balik sekatan terhadap Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa.

Resolusi tersebut diluluskan oleh 14 anggota majlis keselamatan dengan China mengambil pendirian berkecuali.

Menteri Luar Syria, Asaad al-Shaibani menzahirkan penghargaan atas keputusan resolusi tersebut.

"Syria menyatakan penghargaan kepada Amerika Syarikat dan negara-negara sahabat atas sokongan mereka terhadap Syria dan rakyatnya," katanya menerusi satu kenyataan di X.

Al-Sharaa dijadual mengadakan lawatan ke White House minggu hadapan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang akan menjadi tuan rumah kepada al-Sharaa dalam pertemuan berkenaan menyifatkan pemimpin Syria itu telah menunjukkan kemajuan yang baik ke arah mewujudkan keamanan di negara tersebut.

Ini merupakan kunjungan pertama al-Sharaa ke Washington dan lawatan keduanya ke Amerika Syarikat.

Beliau pada September lepas telah melakar sejarah apabila menjadi Presiden Syria pertama dalam beberapa dekad yang berucap pada Perhimpunan Agung PBB di New York. - AFP

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN