SINGAPURA, 19 Mei- Singapura tidak membenarkan penceramah popular Indonesia, Ustaz Abdul Somad memasuki negara itu.
Susulan sekatan itu, Ustaz Abdul Somad dihantar semula ke Batam, Indonesia.
Singapura menjadi negara keenam melarang kemasukan penceramah popular Indonesia itu
Kementerian Dalam Negeri Singapura mengesahkan enam individu yang tiba bersama Ustaz Abdul Somad melalui terminal feri Tanah Merah dihantar pulang ke negara asal.
Kementerian itu mendakwa Abdul Somad dikenali sebagai pelampau dan pendukung dasar pemisah.
(Foto fail /AFP)
Sebagai contoh, Ustaz Abdul Somad berceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dikira sebagai syahid.
Bagaimanapun, Ustaz Abdul Somad percaya sekatan terhadapnya mungkin berkaitan dengan larangan sama di Timor Leste pada tahun 2018 ketika namanya dimasukkan ke dalam senarai pengganas.
Sebelum ini, Ustaz Abdul Somad dilaporkan dihalang memasuki Hong Kong pada Disember 2017 dan Timor Leste (2018). -AFP