NEW YORK, 24 September - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggesa pengurangan kadar migrasi global dan menolak dasar perubahan iklim ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Dalam ucapan sepanjang 56 minit itu, Trump turut mengkritik pemimpin dunia secara terbuka dan menegur badan dunia berkenaan.
Ucapan itu menandakan kembalinya Trump ke gaya retorik sama seperti tempoh pertama beliau memegang jawatan Presiden, di mana beliau sering mengkritik PBB.
Trump turut menolak cadangan sekutu untuk mengiktiraf negara Palestin dan menggesa negara Eropah mengamalkan langkah ekonomi sama seperti yang dicadangkan terhadap Rusia bagi memaksa tamatnya perang di Ukraine. -REUTERS