fb fb fb fb fb

NGO rayu tangani kes orang hilang di Mexico

MEXICO, 19 Mei- Lebih 10,000 individu di Mexico kini disenaraikan sebagai kes orang hilang sejak 1964.

Daripada jumlah itu, 75 peratus adalah lelaki.

Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet berkata kes orang hilang adalah satu tragedi kemanusiaan.

Malah kumpulan NGO turut merayu agar tindakan segera dilakukan bagi menangani kes berkenaan yang melonjak dan dikaitkan dengan jenayah dadah.

(Antara gambar individu hilang di Mexico ditampal pada dinding bandar itu. /AFP)

Malah berdasarkan rekod hanya 35 kes telah dikenakan sabitan susulan siasatan yang lemah.

Pihak berkuasa juga berusaha menyatukan pangkalan data menerusi sampel genetik orang hilang walaupun banyak mayat telah dikebumikan tanpa proses pengecaman akibat bilik mayat yang sudah melebihi kapasiti.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah menyifatkan 100 ribu yang hilang itu sangat mengejutkan selain menekankan betapa pentingnya pencegahan, pencarian dan mekanisme bagi mengenal pasti individu hilang. -AFP

Media Baharu