fb fb fb fb fb

Korea Utara guna antibiotik rawat pesakit COVID-19

PYONGYANG, 19 Mei- Korea Utara enggan guna vaksin bagi mencegah COVID-19, sebaliknya menggunakan antibiotik dan ubat untuk merawat individu yang dijangkiti wabak berkenaan.

Negara itu juga menggunakan saluran media bagi melancarkan kempen maklumat awam untuk memerangi COVID-19.

Naib Menteri Kesihatan Awam, Kim Hyong Hun berkata, Korea Utara, telah beralih daripada arahan kuarantin kepada sistem rawatan untuk mengendalikan ratusan ribu kes yang disyaki sebagai ‘demam’ yang dilaporkan setiap hari.

Bagi merawat COVID-19, media kerajaan menggalakkan pesakit menggunakan ubat penahan sakit dan mengurangkan demam seperti ibuprofen dan amoksisilin serta antibiotik lain.

Walaupun ubat berkenaan, tidak berupaya melawan virus, namun ia ditetapkan bagi jangkitan bakteria sekunder.

(Foto fail /AFP)

Seorang warga emas di Pyongyang mengakui hanya mengambil teh halia dan memastikan biliknya mempunyai pengudaraan yang baik.

Seorang lagi wanita memberitahu rawatan tradisional bagi merawat COVID-19 adalah kaedah terbaik.

Dalam perkembangan sama, Pyonyang mula menggerakkan pihak tentera untuk mengedarkan ubat serta mengerahkan lebih 10,000 petugas kesihatan bagi mengesan pesakit berisiko dijangkiti.

Korea Utara mula dijangkiti virus berkenaan buat pertama kali minggu lepas. -AFP

Media Baharu