fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di India mula tinggalkan kediaman

NEW DELHI, 19 Mei- Lebih 500 ribu penduduk terjejas banjir, meninggalkan kediaman masing-masing di Assam, India.

Setakat ini, tujuh disahkan lemas dalam kejadian berasingan.

Satu daripada sungai terbesar dunia, Brahmaputra, yang mengalir menerusi India dan Bangladesh dari Tibet, melimpah di Assam sejak empat hari lalu menenggelamkan lebih 1,500 perkampungan.

Menteri Sumber Air Assam, Pijush Hazarika, memaklumkan, lebih setengah juta individu terjejas, dengan situasi banjir bertukar menjadi semakin kritikal.

(Seorang penduduk sedang menunggu bantuan sampai untuk dibawa ke kawasan selamat. /AFP)

Ramalan cuaca menjangkakan situasi itu akan berterusan dalam tempoh terdekat.

Kementerian Kesihatan Assam, Keshab Mahanta pula memberitahu, Tentera India menyelamatkan lebih 2 ribu individu yang terperangkap di daerah Hojai.

Pihak berkuasa memaklumkan, paras air Brahmaputra dijangka terus meningkat.

Menteri Kewangan Assam, Jogen Mohan, yang menguruskan bantuan menyatakan, laluan kereta api dan jalan raya terputus akibat banjir dan tanah runtuh di daerah Dima Hasao. -AFP

Media Baharu