fb fb fb fb fb

Anak perempuan Presiden Amerika Syarikat disahkan positif COVID-19

WASHINGTON, 19 Mei - Anak perempuan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Ashley Biden telah disahkan positif COVID-19, laporan White House, semalam.

Ashley Biden, 40, dijadualkan ke Amerika Tengah bersama ibunya, Jill Biden, yang berlepas pada petang semalam, tetapi terpaksa dibatalkan, selepas disahkan positif COVID-19. Ashley tidak dianggap sebagai kontak rapat kepada ayahnya Joe Biden dan ibunya Jill Biden.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mentakrifkan kontak rapat COVID-19 adalah seseorang yang berada kurang daripada 6 kaki (1.8 meter) dari individu yang dijangkiti selama lebih daripada 15 minit.

Jangkitan itu adalah yang terbaru melibatkan keluarga Joe Biden.


(Gambar Fail, Ashley bersama ayahnya Joe Biden ketika di Camp David, Maryland, Washington-Reuters)

Beberapa orang pegawai pentadbiran Biden turut disahkan positif COVID-19, termasuk Naib Presiden Kamala Harris. Valerie Biden Owens, kakak Joe Biden, yang dijangkiti virus itu pada April lalu.

Amerika Syarikat turut melaporkan lebih daripada 83 juta kes COVID-19 dan 1 juta kematian, menurut data dari Universiti Johns Hopkins.

"Kami juga melihat, pada masa ini, banyak jangkitan di seluruh negara," kata penyelaras tindak balas COVID-19 White House Ashish Jha, semalam.

Pengarah CDC Rochelle Walensky menggesa "pemimpin tempatan untuk menggalakkan penggunaan strategi pencegahan seperti memakai pelitup muka dalam persekitaran dalaman awam" untuk kawasan yang pada masa ini mempunyai tahap komuniti COVID-19 yang tinggi. -REUTERS

Media Baharu