fb fb fb fb fb

Upacara angkat sumpah, Trump peroleh sumbangan sebanyak AS$239 juta

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengangkat sumpah buat penggal kedua pada Januari lepas / Foto AFP

WASHINGTON, 21 April-Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumpul rekod dana berjumlah AS$239 juta bagi upacara angkat sumpah jawatan presidennya pada Januari lalu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC) pada Ahad,

Jumlah berkenaan merupakan lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dikutip untuk upacara angkat sumpah kali pertamanya pada pada Januari 2017.

Sumbangan kepada Jawatankuasa Angkat Sumpah Trump Vance itu datang daripada ratusan penderma termasuk nama-nama besar seperti Airbnb, McDonald’s dan Microsoft.

Gergasi korporat seperti Amazon, Meta dan JP Morgan Chase masing-masing menyumbang sekurang-kurangnya AS$1 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, turut menyumbang AS$1 juta untuk upacara yang berlangsung pada 20 Januari lepas.

Jumlah sumbangan itu jauh mengatasi kutipan AS$107 juta bagi sambutan angkat sumpah pertamanya pada Januari 2017, dan juga melebihi purata kutipan presiden terdahulu, iaitu Presiden Demokrat Joe Biden mengumpul sekitar AS$61 juta bagi upacara angkat sumpah pada 2021.

Jumlah AS$239 juta itu tidak termasuk lebih AS$6 juta sumbangan yang kemudiannya dipulangkan.

Menurut undang-undang, jawatankuasa berkenaan diwajibkan untuk melaporkan butiran setiap sumbangan yang bernilai AS$200 atau lebih manakala warga asing dilarang daripada membuat sebarang sumbangan.-AFP.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD