fb fb fb fb fb

Untung Tesco merosot akibat inflasi

(FOTO AFP)

LONDON, 5 Oktober - Untung syarikat peruncitan terbesar Britain Tesco (TSCO.L) turun mendadak bagi separuh pertama tahun ini.

Ketua Eksekutif Tesco, Ken Murphy berkata situasi tersebut didorong dengan kenaikan harga barang akibat inflasi.

Katanya, keuntungan selepas cukai merosot kepada £253 juta dalam tempoh enam bulan hingga akhir Ogos berbanding £781 juta yang dicatat bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

(Ketua Eksekutif Tesco, Ken Murphy / FOTO AFP)

"Kami tahu pelanggan kami menghadapi masa yang sukar dan melihat setiap sen untuk memenuhi keperluan. Pelanggan mencari kualiti dan nilai rangkaian jenama kami sendiri sambil mereka berusaha untuk menjana wang mereka lebih jauh, sama ada mereka beralih daripada produk berjenama, antara kategori atau mengurangkan makan di luar." kata Ken menerusi kenyataan.

Berikutan perkembangan tersebut, syarikat mengujurkan kadar keuntungan tahunan turut terkesan menjelang Disember.

Ken Murphy bagaimanapun memberi jaminan semua kakitangan di United Kingdom bakal menerima kenaikan gaji kedua tahun ini.-AFP

Media Baharu