GAZA, 4 Julai – Pergerakan Hamas postif dengan cadangan baharu perjanjian gencatan senjata dengan Israel, termasuk pembebasan tawanan.
Memetik laporan Sputnik dan RIA Novosti, rundingan antara Hamas dan pihak perantara sedang berlangsung dengan tujuan mencapai persetujuan jangka panjang di Gaza.
Menurut kenyataan Hamas, pihak perantara kini dalam usaha untuk merangka perjanjian kerangka yang bakal membawa kepada rundingan yang lebih serius.
Laporan sama menyebut, Hamas telah memberikan maklum balas positif kepada Qatar berhubung pelan awal gencatan senjata selama 60 hari.
Ia turut melibatkan pembebasan 10 tawanan hidup dan 18 lagi yang telah disahkan meninggal dunia.
Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan setakat ini.
Pada 18 Mac lalu, Israel meneruskan serangan ke atas Gaza selepas menuduh Hamas menolak cadangan lanjutan gencatan senjata anjuran Amerika Syarikat yang tamat pada 1 Mac.