fb fb fb fb fb

AS kenakan sekatan baharu terhadap Tehran

Foto ilustrasi REUTERS

WASHINGTON, 4 Julai – Amerika Syarikat memperhebat tekanan ekonomi terhadap Iran dan sekutunya menerusi sekatan baharu ke atas rangkaian perdagangan minyak Tehran dan institusi kewangan yang dikawal Hezbollah.

Menurut Jabatan Perbendaharaan AS, sekatan menyasarkan rangkaian syarikat yang dikendalikan oleh Salim Ahmed Said, seorang warga Iraq-Britain yang disyaki menjalankan operasi penjualan minyak Iran.

Minyak tersebut didakwa dijual kepada pembeli dari Barat melalui Iraq dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menggunakan dokumen palsu.

Turut disenarai hitam adalah beberapa kapal Iran yang digunakan untuk penghantaran minyak secara rahsia, bersama enam syarikat dan empat kapal lain yang terbabit dalam perdagangan petroleum Iran.

Sekatan diumumkan hanya beberapa hari sebelum rundingan nuklear antara Iran dan Ameriksa Syarikat yang dijadualkan berlangsung di Oslo.

Dalam tindakan berkaitan, Washington turut menyasarkan institusi kewangan Al-Qard Al-Hassan yang dikendalikan Hezbollah.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent berkata, langkah tersebut bertujuan melemahkan aliran kewangan yang digunakan Iran untuk menyokong aktiviti yang mengugat kestabilan di rantau tersebut.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN