fb fb fb fb fb

UNRWA kekal beroperasi ketika larangan Israel

Foto REUTERS

AMMAN, 31 Januari- Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) meneruskan operasi kemanusiaan walaupun Israel menguatkuasakan larangannya.

Menurut UNRWA, pihaknya akan terus memberikan bantuan dan perkhidmatan kepada penduduk Palestin.

Parlimen Israel telah meluluskan dua undang-undang pada Oktober 2024 yang melarang UNRWA beroperasi di Palestin dan mengharamkan pihak berkuasa Israel daripada berhubung dengan agensi itu.

Pada Rabu, Israel berkata mereka akan memutuskan semua hubungan dengan UNRWA bermula Khamis.

Sejak 1950, agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah membantu pelarian Palestin di Jordan, Lubnan, Syria, Gaza, dan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Larangan Israel yang mengancam bantuan menyelamatkan nyawa, pendidikan, dan penjagaan kesihatan untuk jutaan rakyat Palestin telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat antarabangsa. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM