fb fb fb fb fb

Dua terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan

Foto Hiasan

LUBNAN, 31 Januari- Dua terbunuh dalam serangan tentera Israel di Lembah Bekaa, timur Lubnan; dua bulan selepas gencatan senjata antara Israel-Hizbullah.

Menurut Kementerian Kesihatan, insiden turut menyebabkan 10 yang lain mengalami kecederaan.

"Serangan oleh musuh (Israel) di Janta mengorbankan dua orang dan mencederakan 10 orang yang lain," menurut kementerian itu.

Tentera Israel berkata mereka telah menyerang pelbagai sasaran Hizbullah di Bekaa, yang merupakan kubu kuat kumpulan Hizbullah.- AFP

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM