LUBNAN, 31 Januari- Tentera Israel pada Jumaat berkata mereka telah menyerang pelbagai sasaran Hizbullah di Lembah Bekaa, Lubnan, dua bulan selepas gencatan senjata dengan kumpulan Lubnan itu berikutan pertempuran besar tahun lalu.
"Sasaran yang diserang termasuk kubu Hizbullah yang mengandungi infrastruktur bawah tanah yang digunakan untuk membangunkan dan mengeluarkan senjata.
"Infrastruktur tambahan di sempadan Syria-Lubnan yang digunakan Hizbullah untuk menyeludup senjata ke Lubnan turut diserang," menurut kenyataan itu.
Tentera Israel berkata serangan semalaman itu menyasarkan sasaran yang mewujudkan ancaman kepada Israel dan tentera mereka.
Terdahulu, Israel telah memintas sebuah dron milik kumpulan Hizbullah yang menghampiri wilayah Israel.
Tindakan itu dianggap sebagai satu pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui antara Israel-Hizbullah.- AFP