GAZA, 31 Januari- Jumlah kematian Palestin di Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 47,460 orang.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, dalam tempoh 24 jam lalu, 43 rakyat Palestin ditemukan mati di dalam runtuhan.
Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam, mengumumkan pada Khamis bahawa ketua mereka, Mohammed Deif, telah dibunuh tentera Israel di Gaza.
"Beberapa komander kanan Hamas lain, termasuk Timbalan Ketua Staf Al-Qassam, Marwan Issa, dan bekas komander Briged Hamas Khan Younis, Rafa Salama, juga turut terkorban," katanya kepada REUTERS.
Tentera Israel sebelum ini mendakwa bahawa Mohammed telah terbunuh dalam serangan udara di Gaza pada Ogos 2024, namun Hamas tidak mengesahkan dakwaan tersebut.- REUTERS