fb fb fb fb fb

Pesawat kecil terhempas di Philadelphia

Tangkap layar video tular daripada orang awam yang berada berdekatan lokasi kejadian

PHILADELPHIA, 1 Februari- Sebuah pesawat kecil terhempas dan mencetuskan kebakaran besar di kawasan perumahan padat di Philadelphia pada Jumaat, mencetuskan operasi kecemasan berskala besar, menurut laporan media tempatan.

Saluran FOX29 menunjukkan letupan bola api diikuti kebakaran di beberapa lokasi dalam kejiranan di timur laut bandar di pantai timur Amerika Syarikat itu.

Puluhan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

Setakat ini, belum ada kemas kini mengenai kemalangan jiwa dilaporkan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE