RIYADH, 13 April- Umat Islam dijangka menyambut bulan Ramadan dua kali pada tahun 2030.
Ahli Astronomi Arab Saudi meramalkan perkara itu mengikut fakta kalendar Hijrah Islam, berdasarkan kitaran bulan.
Khaled al-Zaqaq menerusi video disiarkan di akaun Twitter berkata, pada 1451 Hijrah Ramadan bermula pada 5 Januari 2030.
Manakala Ramadan 1452 Hijrah pula jatuh pada 26 Disember 2030.
(Foto fail/ AFP)
Menurut beliau, perbezaan antara kalendar Hijrah Islam dengan kalendar Gregory, menyaksikan Ramadan jatuh dua kali dalam tahun Gregory, kira-kira setiap 30 tahun.
Kali terakhir ia berlaku pada 1997 dan sebelum itu pada 1965, dan ia dijangka berlaku lagi pada 2063.
Jelasnya lagi, tahun Hijrah berlangsung 354 atau 355 hari, bermakna ia tidak sejajar dengan kalendar Gregory sebanyak 365 hari. -AFP